Karguzari Jemaah Tabligh : Kekuatan Enam perkara/Prinsip ( Six point )

 

Pada bulan mei tahun 1994 bot laju yang kami naiki membelah laut yang biru. Di permukaan laut yang beralun indah itu dapat ku lihat ikan lumba-lumba menari-nari melompat dan menjunam kedalam laut. Hatiku sedikit terhibur dengan telatah ikan yang menari tanpa jemu. Semakin lama semakin jauh kami tinggalkan. Langit cerah. Matahari menyinarkan cahayanya keseluruh pelusuk lautan tanpa tersisa sedikitpun.

Sejak jam 7.00 pagi lagi kami telah bertolak dari pulau Nunukan menuju ke Pulau Tarakan Kaltim indonesia. Pemandu bot dan seorang kawannya tenang sambil menghisap rokok surya. Kami seramai enam orang jemaah yang di hantar ke Indonesia duduk sambil membuat halkah Al quran sepuluh surah terakhir bergilir-gilir. Sekitar dua setengah hingga tiga jam, bot laju yang kami naiki sudah menghampiri pelabuhan Kota Administratif pulau Tarakan. Dari jauh kelihatan banyak bot dan beberapa kapal sedang berlabuh di pelabuhan. Berapa minit kemudian kami sampai di pelabuhan. Perlahan-lahan kami menaiki tangga dan mengangkat bagasi masing-masing. Tambang sekitar Rp 35000.00 seorang sudahpun bertukar tangan. Selesai mengucapkan ribuan terimakasih, kami mengangkat barang-barang kami ke satu sudut dan meletakkannya di tengah-tengah. Selepas memberi nasihat ( zehin) amir iaitu ketua jemaah menyuruh aku untuk membacakan doa ringkas. Doa di aminkan dengan harapan hidayah akan turun kepada kami, penduduk di tempat kami berdiri dan seterusnya seluruh alam.

Di Pulau ini, banyak orang alim, ustaz dan pak kiyai yang memang di segani oleh penduduk tempatan. Bandar yang memanjang dan indah ini kami lihat dengan kebesaran Allah. Tanpa di duga dan di rancang, kami bertemu seramai enam orang dan di putuskan dari Sabah melalui markaz masing-masing menuju ke Tawau. Dari bandar Tawau di sabah inilah kami di hantar ke Pulau Nunukan dan Tarakan. Selepas beberapa hari di mana kami bermula dari kampung Jalan Buntu ( Street Buntu ), Gunung belah dan sampailah kami di sebuah kampung yang saya sudah lupa namanya. Tetapi, di kampung inilah ada seorang Pak Kiyai yang di hormati dan di segani.

Pada hari pertama kami berada di sini, kami menjalankan aktiviti biasa. Sebelum kami berpindah ke kampung ini, kami sudah membuat mesyuarat program sepanjang hari selepas subuh tadi. Saya di tugaskan sebagai taam ( tukang masak ) dengan di ketuai oleh rakan saya. Kami menjalankan tugas dengan taat dan sentiasa menjaga amal agar kekuatan sentiasa ada untuk menarik rahmat Allah yang maha kuasa untuk mendidik hati kami agar sentiasa dekat padaNya.

Pada tahun 1994 itu, dunia masih sibuk dengan kisah penghapusan etnik di Albania, Romania hinggalah kejatuhan Presiden Diktator Nikolai Ceusescu. Pada malam itu seorang rakan saya yang telah di putuskan untuk bayan ( Ceramah ) telah bagi Bayan. Kami semua mendengar dengan khyusuk sehinggalah tasykil. Selepas itu bayan 5 amalan masjid. Ada beberapa orang tempatan bagi nama. Kami seramai 5 orang lagi berpecah dan ikram orang yang duduk berdekatan dengan kami. Pada malam itu sedikit jamuan air teh dan biskut kering di hidangkan. ( Safrah panjang ).

Pada malam keesokannya, seorang rakan saya di putuskan untuk bagi bayan fikir.( Ceramah ). Pada malam itu datang seorang pak Kiyai memakai jubah berwarna putih dan berserban. Kain rida di sangkut di bahunya. Ada beberapa orang anak muridnya ikut bersama-sama dengannya. Pak Kiyai itu berumur lingkungan 60an dan janggut putih hingga kepertengahan dadanya. Dia duduk di hadapan dan anak-anak muridnya duduk di belakang menghormati beliau. Dari air mukanya yang jernih itu, kelihatan beliau bukanlah sembarangan orang kerana duduknya yang sentiasa dalam keadaan berzikir.

Pada malam itu, rakan sejemaah saya memberi bayan fikir yang saya kira hebat kerana beliau orang lama dan paling tua di kalangan kami. Dia menyelitkan sedikit cerita mengenai Nabi Adam. Selesai bayan, tasykil dan doa, satu perkara yang mengejutkan kami semua. Dengan senyum manis, dia memanggil kami semua supaya duduk di hadapannya. Kami berenam duduk berhadapan dengan Pak Kiyai yang di belakang pak kiyai itu bilangan jemaah yang duduk, dua atau tiga kali ganda bilangan kami. Saya berzikir didalam hati. Dan adakalanya bersolawat atas Nabi kekasih kita Rosullullah saw. Sepanjang bayan fikir itu, dia tidak menegur pembayan walau sepatah pun. Selepas kami duduk itu dia pun mula menerangkan kedudukan dan cerita kisah Nabi Adam itu. “ Sebenarnya pak, nabi Adam itu….” dan ceritanya cukup terperinci sehingga kami semua hanya mengangguk-anggukkan kepala. Dalam hati, moga Allah limpahkan rahmat kepada kami, Pak Kiyai yang dengan senang hati sebagai seorang alim mengajar kami dengan penuh hormat dan diplomasi itu sukar untuk di lupakan. Kami mengucapkan ribuan terimakasih dan pertemuan itu berakhir dengan senyum persaudaraan sebagai saudara muslim.

Esoknya selepas subuh, kami buat mesyuarat program. Amir jemaah kami memutuskan supaya bayan enam perkara dan 5 amalan masjid. Saya telah di putuskan untuk bagi bayan fikir. Jantung saya terasa terhenti dan saya menolak. Amir jemaah bagi zehin dan mengatakan sami’na wa ato’na. Saya terdiam. Amir menyuruh saya supaya belajar dengan rakan saya. Rakan saya ini, seorang yang baik hati. Cintanya kepada Allah dengan bacaan Al qurannya menjadikan dia terlupa mengajar saya. Saya dalam istilahnya, orang yang “ sejuk “ dalam jemaah ini. Sudah lama tidak keluar dan amalan sedikit sahaja. Orang yang paling muda dalam jemaah saya adalah saya. Sepanjang hari itu saya jadi gelisah. Saya rasa tidak di pedulikan. Saya mengambil keputusan buat sembahyang hajat, istikhoroh, sembahyang taubat. Saya letakkan seluruh pengharapan saya kepada Allah semata-mata dan belajar meninggalkan makhluk.

Selepas solat maghrib, saya terus bangun dan pergi ke belakang masjid ( ruangan kaki lima di sebalik pintu ) dan bersembahyang dua rakaat minta bantuan Allah dalam keadaan penuh menghinakan diri di hadapanNya. Saya menangis minta bantuan Allah. Iklan jorna sudah berjalan lebih dari 5 minit. Pengiklan memanjang-manjangkan leher melihat keluar. Risau. Para jemaah sudah duduk rapat rapat. Pak Kiyai dengan murid-muridnya bertambah sedikit dari semalam sudahpun duduk menunggu. Selepas berdoa, saya bangun dengan sedikit lutut menggeletar menuju ke hadapan dan berdiri tanpa duduk di bangku. Saya dapat rasakan saya semakin lemah berdiri. Selepas berdoa di dalam hati, saya memuji Allah, selawat kepada junjungan kita Nabi saw, saya mulakan bicara. Saya hanya bayan enam perkara sahaja seringkas dan sepadat-padatnya. Saya hanya bercakap mengenai maksud enam perkara itu satu persatu, kelebihan-kelebihannya dan cara mendapatkannya. Itu sahaja. Ada di antara rakan-rakan saya mengerutkan kening. Hati saya bertambah sayu. Saya berdoa “ Ya Allah, berilah saya faham dan amal apa yang saya katakan ini. Dan berikanlah mereka faham dan berikanlah saya hidayah, rakan-rakan saya, mereka yang ada di sini dan seluruh alam “

Bayan saya selesai tidak sampai dua puluh minit termasuk tasykil. Memang sudah diduga dan di jangka bahawa Pak Kiyai akan memanggil saya. Dalam keadaan penuh harap, takut dan belajar, saya duduk di hadapan Pak Kiyai. 5 orang rakan-rakan saya duduk di belakang. Pak Kiyai melihat saya dengan senyum di bibir. Berambah berseri wajahnya meskipun sudah berumur. Saya duduk di hadapannya dalam jarak kira-kira 3 kaki dan menundukkan kepala. Dia pun berkata;

“Bapak belajar di pesantren mana ?”

“ Saya tidak pernah belajar di mana-mana pesantren Pak Kiyai”

“ Jadi bagaimana bapak bisa berceramah sedemikian?”

“ Pesantren saya hanya dari masjid ke masjid. Dari mushola ke mushola Pak Kiyai. Belajar baiki diri, baiki iman dan amal” Kata saya merendah diri. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Saya menarik nafas panjang sambil menundukkan kepala, resah dan gelisah. Kemudian dia menyambung kata-katanya.

“ Cukup tinggi apa yang bapak bicarakan tadi. Bukan sembarangan orang yang bisa berkata sedemikian itu kalau tidak mempunyai ilmu yang cukup tinggi. Apa yang bapak bicarakan tadi mencakupi ruang lingkup kehidupan sebagai seorang muslim yang sempurna. Rukun iman, islam dan ihsan semuanya bapak bicarakan tidak sampai 20 menit. Mengagumkan”.

Apa bila saya mendengar kata-kata Pak Kiyai itu, saya menahan sebak dan bersyukur kepada Allah atas pertolonganNya. Mulai dari hari itu, jemaah kami hanya bagi fikir enam perkara sahaja. Pada malam itu, saya sujud syukur pada Allah dan sayalah orang yang paling gembira sekali kerana Allah hiburkan saya dengan bantuanNya.

Nota : Saya cerita kisah benar ini, bukanlah bertujuan untuk mengada-ngada. Saya sengaja tidak sebut nama dan tempat-tempat tertentu, cuma secara umum sahaja. Ulama-ulama kita yang fikir umat apatah lagi maulana Muhammad Ilyas yang membuat garis panduan untuk kita ikuti ( Enam perkara / six point ) bukanlah sembarang orang. Dia berikan semua hidupnya untuk agama. Fikirnya untuk umat dan agama. Saya hanya mencedok kata-kata ulama ( Maulana Muhamad Ilyas )dan belajar berkata seperti mereka. Kalau kita lakukan dengan ikhlas dan niat untuk belajar, pasti dan pasti Allah akan berikan kefahaman kepada kita dan umat ini. Kepada mereka yang tidak faham kerja agama ini ( Tabligh- panggilan di Malaysia ) janganlah memandang serong pada jemaah ini. Memang ada kelemahan dan kekurangan. Namun perhatikanlah mereka ini. Tegur secara hikmah seperti mana Pak Kiyai tadi dengan rasa hormat dan kasih sayang mengajar tanpa menyelitkan rasa benci dan mencari-cari kesalahan. Pada pekerja-pekerja agama, satu hati itu penting dalam buat kerja agama. Ini hanya pandangan peribadi saya dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Moga Allah berikan taufik dan hidayah kepada saya dan seluruh alam. Amin.

About qalamkasturi

Menjadi pendidik anak bangsa dan belajar memanusiakan manusia.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Karguzari Jemaah Tabligh : Kekuatan Enam perkara/Prinsip ( Six point )

  1. ZJ-al-Haj says:

    Saya masih tak faham tentang Jemaah Tabligh, saya mula keluar 3 Hari sejak 1982
    dan telah keluar 4B (India,Pakistan) pada 1990, bagaimanapun sekarang saya hanya mengikuti tabligh dari jauh………
    dan sering berfikir dengan pandangan Dr.Nasuha, mungkin ada kebenarannya,
    30 Tahun ikut Tabligh menunjukkan Dr.Nasuha sudah layak untuk berdakwah dengan Non-Muslim,
    Pada pandangan saya, saya pernah mendengar kata orang setiap kurun ada seorang mujaddid dalam Islam, Mungkinkah Zaman Mujaddid Maulana Ilyyas, Maulana Yusuf dan Maulana Inamul Hassan sudah berakhir, dan mungkin sudah ada Mujaddid baru pada 2010,

    Nasihat orang lama, JANGAN KITA KUTUK USAHA AGAMA orang lain,
    kerana apa-apa jua usaha ke arah keredhaan Allah pasti benar,

    mengenai Cara dakwah Baginda Muhammad s.a.w ,
    siapakah yang berani kata cara dia saja yang tepat ?

    • ZJ-al-Haj says:

      Alhamdulillah, tuan telah memberi respon terhadap pandangan saya yang dah lama “tak keluar”
      Jika ditanya karkun yang pernah keluar sekitar tahun 80an, memang ramai yang ada pengalaman anih yang tersendiri, nusrahtullah, kasyaf dan sebagainya. Bagi saya itu adalah hidayah dari Allah swt., Sebagai mensyukur ni’amah Allah sememangnya kita perlu buat usaha agama, tetapi masalahnya
      bolehkah kita membuat usaha agama selain daripada cara-cara yang ditetapkan oleh Ulama Nizamuddin ?

      Apakah kita menafikan terus usaha-usaha agama yang dibuat oleh ustaz/ulama di Malaysia ?

      Jika dilihat di Makkah/Madinah bukankah jemaah Haji dari Malaysia yang terbaik berbanding dengan jemaah-jemaah Haji dari negara-negara IPB,
      Maksud saya, jemaah Haji Malaysia adalah didik oleh Ustaz-ustaz Malaysia,
      dan berkesan sekali?,

      Di sinilah titik tolak dalam usaha Agama, kerana Islam itu Syumul, lengkap ?

  2. muhammad daud says:

    DOAKAN SAYA AGAR DA[AT KELUAR JAMAAH SECARA ISTIQAMAH INSYA ALLAH

  3. Sam Hun Bin Jusoh says:

    Assalaamu’alaikkum.Tuan, saya baru terbaca cerita tuan khuruj ke Indonesia tu.Semoga Allah terima pengorbanan tuan dan memberi kekuatan kpd tuan utk terus berusaha sehingga Allah memasukkan hidayah dlm hati setiap manusia untuk menyuluh hidupnya.Enam sifat yg kita selalu bicarakan itu sudah pun merangkumi tauhid,tasawuf,fiqah,muamalat,akhlaq dan jihad.Apakah jihad yang lebeh besar dari usaha utk membawa seseorang yg jauh dari Allah kpd dekat kpd Allah? Dakwah umpama darah mengalir dlm badan. Stiap sel darah membawa oksigen kpd setiap sel badan. Setiap sel mesti mendapat oksigen utk hidup dan inilah sunnatullah.Begitulah juga hati manusia akan hidup jika yakin terhadap keesaan Allah,terhdap sifat dan af’alNya tertanam dlm hati itu.Inilah yang saya faham dgn kerja2 kenabian.Munkin kefahaman saya cetek,semoga Allah beri keampunan.

    • qalamkasturi says:

      Terimakasih atas komen dan pandangan saudara..saya sentiasa mengharapkan agar kita sentiasa dekat dan mendapat hidayah Allah. Saya doakan moga saya dan tuan sentiasa mendapat taufik dan hidayah serta kekal dalam iman dan amal. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s