” Kau tidak fahamkah Cikgu? ”

Pada awal tahun 1989 dahulu, saya baru sahaja bekerja. Saya di tempatkan di sebuah pulau yang memakan waktu selama 45 minit dengan bot laju yang berkuasa kuda 75sp. Kalau menaiki bot nelayan biasa, masa yang digunakan selama 2 jam 30 minit. Pada suatu hari tu, saya berjanji dengan murid-murid saya ( tahun 6 ) untuk pergi ke pantai pada jam tiga petang untuk berkelah sambil mengulangkaji matapelajaran matematik. Pulang dari sekolah pada hari itu, saya terus ke dapur dan membuka periuk. Maka terlihatlah oleh saya nasi sejuk yang masih ada lebih separuh lagi. Kemudian, saya pun membuka ikan sardin dan menghiris bawang merah dan putih untuk menumis. Selesai menumis ikan sardin, saya mengaut nasi sejuk ke pinggan dan makan dengan penuh berselera. Selepas makan, dan solat, saya pun tidur untuk merehatkan diri.

Sekitar jam dua setengah, saya telah di kejutkan dengan satu bunyi yang amat kuat di tepi dinding tempat saya tidur. Rumah papan yang berdinding papan kapur itu berdentum dengan kuat. Kemudian kedengaran suara ketawa terkekeh di luar rumah. Saya pun dalam keadaan terkejut dari tidur, terus memarahi mereka.

” @#$%$#*&. Siapa punya kerja itu. Kurang @#%$ ”

” Si Ridwan yang buat cikgu. Dia humban dinding cikgu dengan buah nipah”

Saya memanggil mereka yang hanya 5 orang murid tahun enam dan memarahi mereka. Hari itu perancangan untuk berkelah dan mengulangkaji pelajaran di batalkan. Mereka semua pulang dengan rasa kecewa. Dada saya masih berdebar-debar kerana terperanjat dan marah. Sejak dari itu, Ridwan kurang bercakap. Bila saya masuk ke dalam kelas dia tidak seperti murid yang lain. Diam dan hanya bercakap bila di ajukan soalan. Masa berlalu. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun.

Tahun 1992 saya telah ditukarkan di bandar. Tiga tahun kemudian saya telah bertemu dengan Ridwan sekali lagi. Kali ini, saya menemuinya di stesen bas. Saya terus ke arah dan bersalaman. Kemudian saya bertanya sama ada dia masih bersekolah ataupun tidak. Dia menjawab ringkas bahawa dia menunggu keputusan SPM.

Pada masa yang sama di stesen bas itu, aku terpandang seorang kenalan lama saya di kampung. Dia senyum sambil mengangkat tangan. Saya mengangkat tangan dan memberi salam. Suasana stesen bas yang penuh sesak dengn manusia di bandar pada petang itu sedikit sebanyak melarikan tumpuan dari mendengar kata-kata ridwan. Oleh kerana kurang jelas saya bertanya sekali lagi. Dia terus menjawab dengan kasar.

” CIKGU TIDAK FAHAMKAH. TUNGGU SPM”

Saya tersentak dengan jawapannya itu. Saya terdiam dan terlopong seketika. Dia memalingkan muka. Saya terus teringat peristiwa yang saya pernah memarahinya satu ketika dahulu. Saya terus mengambil tangannya dan bersalam. Saya genggam tangannya erat-erat dan saya terus meminta maaf atas kesalahan saya dahulu. Dia terus mencium tangan saya sambil menangis dan meminta maaf. Saya tidak dapat berkata apa-apa.

Semenjak dari itu, saya sedar bahawa walaupun kita mungkin betul sebab kita berkuasa dan boleh buat apa sahaja, namun kita juga manusia biasa. Tetap ada kesilapan kita. Mungkin mereka tidak dapat membalas sewaktu kita ada kuasa, namun, apabila kuasa telah hilang mereka akan hilang rasa hormat dan pada ketika itulah mereka akan membalas segala keburukan kita.

Sejak peristiwa itu, Ridwan kembali seperti biasa. Dia sudah membalas segala rasa sakit hatinya terhadap saya. Sekarang dia sudah menjadi orang dewasa. Menjadi guru seperti saya. Satu ketika dia telah datang bertemu dengan saya dan dia berkata bahawa dia pernah berkata kasar pada muridnya. Dia cepat-cepat minta maaf kerana dia yakin akan menerima balasan seperti yang pernah dia perbuat pada gurunya.

Hari ini sudah lebih dua puluh tahun peristiwa itu berlaku.  Saya jadikan ianya satu pengalaman yang amat manis dan indah. Satu hari, aku bertemu semula dengan Ridwan dan dia mengatakan sesuatu pada saya.

” Terima kasih cikgu, kerana mengajar saya erti kehidupan ini ”

Saya menitiskan air mata mendengar kata-kata yang di ucapkannya. Ketika itu, kami sudah sama-sama menjadi guru kepada anak bangsa kita.

About qalamkasturi

Menjadi pendidik anak bangsa dan belajar memanusiakan manusia.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s